Wednesday, December 15, 2010
Biodisc penawar gigitan berbisa?
Kelmarin semasa berkejar ke pejabat untuk membuka pintu pejabat pada pukul 7 dan dalam perjalanan pulang untuk mengambil anak untuk menduduki SPM, Pak Ngahnya disengat entah serangga apa yang tersesat masuk ke dalam tangan baju. Sesampai di rumah air bisa sengatan jelas nampak pada bekas gigitan...rawatan yang mudah dibuat waktu tu hanyalah dengan suluhan lampu dengan biodisc untuk beberapa minit sebelum beliau bekejar pula untuk menghantar anak ke sekolah untuk SPM. Terus balik ke rumah selepas itu dan menyambung rawatan secara suluhan lampu dengan biodisc(semasa tu tangannya dah bengkak kerana bisa dah menjalar ke dalam urat saraf) dan dengan meminum air biodisc. Kemudian terus ke pejabat semula hinggalah jam 2 setelah menjemput anak dari sekolah barulah pulang ke rumah untuk menyambung rawatan suluhan lampu dengan biodisc dan selepas solat ke pejabat semula. Pukul 6.30ptg barulah Pak Ngah pulang ke rumah setelah solat 'asar bekejar pula ke hospital untuk melawat adik yang baru bersalin tapi agak terlewat kami sekeluarga sampai di hospital kerana waktu melawat dah tamat jadi tak sempat melawat adik yg bersalin. Terus pulang ke rumah, tetamu dah ada di depan pintu...lepas solat maghrib Pak Ngah terus ke farmasi (kalau ke klinik jenuh berjam-jam menunggu rawatan) untuk ubat gigitan serangga. Tetamu pulang sebelum Isya'. Pak Ngah sambung lagi rawatan suluhan lampu dengan biodisc hinggalah bateri terpaksa dicas semula. Sepanjang malam tidur dengan tangannya berlapikkan biodisc. Alhamdulillah sakit dan bengkak dah kurang..barulah Pak Ngahnya berani makan ubat yang dibeli untuk mengurangkan lenguh di tangan...Hari ni terpaksalah ambil cuti untuk rawatan susulan supaya sembuh betul kerana masih rasa lenguh-lenguh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment